SET HAWA
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh dan isteri kepada Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah. Mereka dikaruniai dua orang anak, yaitu 'Ammar dan Ubaidullah. Tatkala 'Ammar dewasa beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah. 'Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lazatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, 'Ammar dan Bilal.
SITI ASIAH merupakan isteri kepada Fir'aun yang berkahwin secara paksa demi menyelamatkan ibu bapanya dari disiksa oleh Fir'aun. Walaupun Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah, tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir'aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun.
Apabila segala tindakan Fir'aun tidak disenangi oleh Asiah, Fir'aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran maksudnya: "Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir'aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim".(Surah At-Tahrim: Ayat 11)
BALQIS
Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis merupakan suatu nilai dakwah yang menarik untuk direnungi bersama. Hanya dengan perantaraan seekor burung Hud-Hud, Nabi Sulaiman berdakwah kepada Puteri Balqis ternyata yang batil tunduk pada yang hak.
Kisah ini difirmankan oleh Allah SWT dalam surah an-Naml yang bermula dari ayat 20-30, mengisahkan tentang kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman yang dapat memerintahkan jin, manusia dan binatang. Namun dengan kesempurnaan yang begitu besarpun baginda tidak merasa megah dan sombong bahkan tetap bersyukur dengan kurnian Allah.