SET YUSOF & ZULAIKHA
IMAM AL-GHAZALI lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam". Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.
Selain belajar dan mengkaji, Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad.
AL-RAZI merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.
Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.
MARYAM adalah anak tunggal dari Imran seorang daripada ulama Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul. Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahwa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar.
Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria sebagai penjaga terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.
Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa AS. Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.
MASHITAH ialah seorang wanita yang menjadi dayang pengasuh anak2 Firaun pada suatu hari Mashitah sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun dan tidak semena2 sikat yang dipegangnya itu terjatuh, lalu Mashitah pun mengucapkan Allah!. Anak perempuan Firaun pun melaporkan kejadian itu kepada Raja Firaun. Lalu Firaun pun memerintahkan pengawal semua menangkap keluarga Mashitah yang terdiri dari suaminya, dan (2 anaknya ) yang besar dan seorang yang masih bayi.. Dan Raja Firaun juga memerintahkan supaya pengawal memasak air dalam periuk besar lalu menolak mereka sekeluarga kedalam air yang menggelegak itu.
Sungguh sedih dan tragis kematian Keluarga Mashitah , sungguh kuat iman didadanya. Itulah contoh wanita yang patut kita teladani. Sebagai balasannya, dalam perjalananan Nabi saw dalam Israk Mikrajnya beliau terbau haruman yang sangat wangi. Lalu Nabi saw bertanya kepada Jibril bau apakah yang sangat wangi ini wahai Jibril. Jibril menjawab ini lah wangian dari pusara Mashitah